rindunye... rindu akan itu...

03 September 2009

sudah lame rsenye tidak menjenguk blog ini dan menulis sesuatu.. bukan ape.. cme aku tidak berkesempatan membuat satu post baru.. kesibukan yg teramat sgt membuatkan aku jadi bingung...



bermulalah kehidupan baru di universiti.. pnuh dengan segala ranjau..
segala-galanya amat pantas berlaku.. dan tanpa ku sedari rupa-rupanya..
sudah lme juga aku berada di sini...

pengajian yang amat memenatkan.. tetapi.. itulah fitrah hidup ini..
perjuangan tidak pernah henti..

AKU AKAN TERUS BERUSAHA HINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR!!!


mari baca lagi...
AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


saat terakhir...

12 June 2009

jari2 mula menari di keyboard ini... sudah lame tidak mencoretkan sesuatu...

hurm.. YA ALLAH.. berikanlah kekuatan kepada ku...

tidak tahu apa yang di fikirkan... terasa kosong seketika... seperti dunia...

arghhh.. jgn fikir begitu... kerap kali akhir ini di datangi mimpi buruk...

itu cuma mainan syaitan saje...



mmg.. tapi.. takut juga... sekali lagi merenung.. dan merenung.. setelah berjaya menubuhkan sebuah blog untuk batch.. alhamdulillah...

berjaya juga akhirnya.. mungkin... inilah salah satu sumbangan yang aku boleh

lakukan untuk rakan2 ku.. entah kenapa.. sedih lagi...

Ya ALLAH... TABAHKAN HATI HAMBAMU INI...

teringat detik kematian pula tiba2...betapa ramai orang di sekelilingku...

saudara terdekat meninggal dunia... mati tidak mengenal sesiapa dan usia...

aku pun tidak tahu sama ada aku akan mati esok.. lusa.. atawpun malam ini...

YA ALLAH, JIKA AKU MATI NANTI, MATIKANLAH AKU DALAM IMAN YANG SEMPURNA DAN DAPAT BERSAMA ORANG2 YANG ENGKAU KASIHI....
hatiku mula berdoa....dan.. aku tidak tahu...???


mari baca lagi...
AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


~PENGANTIN DI ALAM BARZAKH~

04 June 2009

Pengantin...
utk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..



Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka


mari baca lagi...
AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


ERTI PERKAHWINAN

03 June 2009




Perkahwinan merupakan satu pertalian antara dua hamba Allah yang disulam untuk menghalalkan fitrah cinta dan hubungan sesama manusia antara Adam dan Hawa.Islam menggariskan satu tatacara hidup yang sempurna bagi anak Adam yang telah meningkat dewasa dan akil baligh untuk mendepani kehidupan baru bagi meneruskan kesinambungan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi.
Jika diperhatikan hukum alam, setiap ciptaan Allah dihasilkan berpasang-pasangan,Matahari dan Bulan,malam dan siang,langit dan bumi, semuanya dijadikan untuk melengkapkan antara satu sama lain bagi faedah seluruh alam serta membuktikan keesaan Allah S.W.T mentadbir alam ini.

Firman Allah S.W.T.
”Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)



Begitu juga dengan perkahwinan di mana suami dan isteri itu telah Allah catatkan sejak azali lagi untuk setiap anak Adam yang lahir di bumi ini dengan pasangan masing-masing bagi memberi kedamaian dan penyejuk hati buat insan kerdil ini sesuai dengan ayat dari surah Ar-Rum:21

“ Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu berasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara rasa kasih (mawaddah) dan sayang(rahmah).Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum: 21)

Ayat di atas secara jelas menuntut peranan yang besar kepada bakal suami mahupun isteri yang akan menakhoda bahtera perkahwinan supaya menjadikan rumahtangga itu bukan sahaja dipateri dengan cinta di awal perkahwinan(mawaddah) yang lazimnya terbit atas dasar nafsu, tetapi biarlah cinta itu kekal menjadi kasih sayang yang berpanjangan(rahmah) sehingga menanti ke penghujung nyawa.

Perkahwinan merupakan satu ibadah dan sunnah yang dituntut oleh Rasulullah S.A.W. yang dijalin bagi membentuk satu generasi masyarakat yang berkualiti dan tawadduk. Institusi kekeluargaan Islam ini cukup penting dalam merungkai permasalahan sosial manusia sehingga ia diletakkan dalam tingkatan ke-dua selepas pembinaan individu muslim dalam maratibul amal yang digagaskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Pergolakan gejala tidak sihat dan kebajetan akhlak yang berlaku di kalangan muda-mudi pada hari ini kebanyakannya berpaksi daripada keruntuhan nilai pada kekeluargaan Islam yang dibentuk pada awalnya.

Pemilihan Calon Suami dan Isteri

Di sinilah Islam mengemukakan konsep Rabbani dalam memilih pasangan masing-masing supaya bahtera perkahwinan tidak menjadi satu bahan tawa masyarakat sekeliling.Islam menggariskan beberapa cara terbaik dalam memilih calon pasangan masing-masing. Ukuran pemilihan ini penting supaya masa depan perkahwinan akan lebih terjamin serta membentuk sebuah keluarga sakinah dan keturunan yang terbaik.

Sabda Rasulullah:
”Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.”(Riwayat Ibn Majah).

Hadith ini menekankan secara tegas bahawa pemilihan suami mahupun isteri itu haruslah berdasarkan taqwa, ketundukan kita kepada Allah S.W.T. yang InshaAllah sekiranya ia dilaksanakan dengan niat yang ikhlas akan ditunjukkan dengan jalan kebahagian di dalam melayari alam perkahwinan nanti.

Justeru itu, peranan ’orang tengah’ yang terpercaya merupakan wasilah terbaik dalam mengenali hati budi bakal suami mahupun isteri yang akan dikahwini. Orang tengah ini boleh sahaja terdiri daripada kalangan keluarga sendiri ataupun sahabat-sahabat akrab yang dipercayai.Kisah Nafisah yang menjadi orang perantaraan untuk menyuarakan hasrat Saidatina Khadijah untuk bersuamikan Rasulullah menunjukkan peranan besar yang boleh dimainkan oleh ’orang tengah’ ini. Pada zaman kini, kesibukan ibubapa misalnya mencari nafkah untuk keluarga membataskan peranan mereka untuk menjadi kuasa penimbang kepada pemilihan bakal suami dan isteri bagi anak-anak mereka.

Peranan orang tengah atau lebih dikenali dengan unit baitul muslim menjadi satu wadah terbaik buat umat Islam yang berhajat mendirikan rumahtangga, tetapi bukanlah menjadi syarat untuk menempah bakal suami mahupun isteri sebelum ikatan sah dimeterai. Apa yang pasti, orang tengah yang dipertanggungjawab oleh bakal suami dan isteri ini perlu bersifat ikhlas dan dipercayai amanah dan keadilannya supaya rahmah dan berkat daripada perkahwinan ini akan menjadi bekal akhirat bukan sahaja buat pasangan yang bakal berkahwin malah kepada si penyatu dua hati ini.Ia melengkapkan lagi keindahan dan kemurniaan ajaran Islam itu sendiri yang memberi kebebasan buat penganutnya dalam memilih bakal suami dan isteri mengikut batas syara’ yang ditetapkan.

Tanggungjawab Suami dan Isteri

Perkahwinan antara dua insan bertujuan memberi manfaat bukan sahaja kepada suami dan isteri tetapi juga kepada keluarga kedua-dua belah pihak.Suami dan isteri harus berterusan mengamalkan sikap toleransi dan memahami tanggungjawab masing-masing agar sinergi daripada perkahwinan ini membawa hikmah ke seluruh alam.Tanggungjawab suami dan isteri ini disebut dalam Surah An-Nisa ayat 34:

”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).” (An-Nisa:34)


Ayat di atas diperjelaskan lagi melalui hadith daripada sabda junjungan besar Nabi Allah berikut:

”Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta tanggungjawab atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.Seorang lelaki bertanggungjawab atas kehidupan keluarganya dan akan diminta bertanggungjawab atasnya. Dan perempuan bertanggungjawab atas harta dan anak-anak suaminya dan akan diminta tanggungjawab atasnya” (Riwayat Bukhari)

Oleh itu, perkahwinan merupakan satu amanah yang cukup besar baik kepada suami mahupun isteri dan penting kedua-duanya saling melengkapi untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan Allah S.W.T kepada setiap manusia yang bergelar suami dan isteri supaya kasih(mawaddah) dan sayang(rahmah) akan subur dalam alam perkahwinan yang bakal dihidupkan kelak.

Sekian.
Wassalam


mari baca lagi...
AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Wahai Hawa..

Wahai Hawa, Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?



Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!



Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim).


mari baca lagi...
AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Siapa Lelaki Dayus??

02 June 2009



Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.


Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.


Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.



Nabi SAW bersabda :-


ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?




ERTI DAYUS


Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-



1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله


Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus


Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-


هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)


Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )


Berkata pula An-Nuhas :


قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )



Imam Az-Zahabi pula berkata :-


فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )


Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.


Dayus adalah dosa besar


Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :


لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )


Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.


Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :


والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )



Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )


Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah


Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.


Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.


"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"


Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi


قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.



Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.


Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Sekian
Zaharuddin Abd Rahman


mari baca lagi...
AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Antara Semu dan Murni

Oleh: Javad Muhammad

Terdapat satu kisah, di mana seorang sahabat berkata, “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku,” kata sahabat itu pada suatu hari kepada Rasulullah Muhammad saw. Kemudian sahabat tersebut melanjutkan lagi kata-katanya:

“Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan meredam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, kerana aku tahu bahawa engkau pasti akan masuk ke dalam syurga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga, aku khuatir tak akan boleh lagi melihat wajahmu, kerana martabatku jauh lebih rendah dari martabatmu.”



Mendengar kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi sebarang jawapan sampai malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah berikut:

Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (An-Nisaa: 69)

Mencintai Rasulullah adalah sebuah prinsip dan kewajipan dalam agama Islam, bukan sebuah pilihan yang notabenenya adalah mahu atau tidak. Terhadap Muhammad, seorang Muslim harus menyimpan rasa cinta betapapun kecilnya. Kerana cinta merupakan dasar dan landasan yang boleh mengantar seseorang pada pengetahuan dan rasa penyertaan. Bukankah untuk “tahu” kita seharusnya terlebih dahulu harus menyimpan rasa “cinta”?

Cinta memang duduk sebagai sebuah landasan untuk mengetahui siapa Muhammad saw. Ini kerana cinta kepada Muhammad bukan hanya sunat, tapi wajib, yang darinya seorang Muslim akan boleh mengenalnya lalu kemudian mencerminkan diri padanya. “Setiap orang akan sentiasa bersama orang yang dicintainya,” begitu pesan Nabi. Apabila anda menggemari Muhammad Iqbal, misalnya, maka anda akan mencari tahu setiap hal yang berkaitan dengannya; bahkan anda ingin menghadirkannya selalu dalam liku-liku hidup anda. Anda menyimpan posternya, buku-bukunya, artikel-artikel yang ditulis tentangnya, bahkan mungkin namanya anda pakai untuk nama putera anda yang lahir. Cinta memang laksana air mengalir yang memindahkan seluruh sifat dan karakter si kekasih kepada yang mencintainya.

Ketika Allah mewajibkan umat manusia untuk mencintai Nabi Muhammad, maka perintah tersebut jelas bukan sebuah perintah tanpa tujuan. Ini kerana mustahil Allah akan memerintahkan sesuatu yang sia-sia. Tetapi tujuan tersebut juga bukan sesuatu yang kepentingannya akan kembali kepada Allah atau Rasul-Nya, kerana Allah Swt Maha Kaya dari memerlukan pada sesuatu; dan Rasul-Nya juga tidak memerlukan kepentingan tertentu. Dengan demikian mencintai Rasulullah adalah juga sebuah perintah yang manfaatnya semata-mata untuk kepentingan manusia itu sendiri. Lalu, apa manfaat dari mencintai Rasulullah?

Ada manfaat yang jangka pendek dan yang jangka panjang. Di antara manfaat yang segera akan kita rasakan adalah terpautnya hati pada peribadi Muhammad saw. Apabila kita jujur dalam mencintai Muhammad, maka hati kita akan merindukan Muhammad; sama persis seperti tokoh kita di atas merindukan Rasulullah. Bezanya adalah dia boleh menawari rasa rindu dengan hanya mengungkap-ungkap namanya. “Barang siapa mencintai sesuatu maka dia akan mengungkap-ungkapkannya,” kata Imam ‘Ali bin Abi Thalib kw.

Apabila kita jujur dalam mencintai Muhammad, maka jiwa kita akan terbentuk dan tercermin pada jiwa Muhammad saw. “Bukti cinta adalah mendahulukan sang kekasih di atas selainnya,” begitu kata Imam Ja’far al-Shadiq.

Apabila kita jujur mencintai Muhammad, maka kita akan berupaya mencari tahu segala sesuatu tentang dirinya; kehidupan peribadinya, kehidupannya dalam keluarga, dengan sesama saudara, dengan lingkungannya, dan lain sebagainya. Apabila kita ingin mengetahui sejarah Muhammad dan segala sesuatu yang berkaitan dengan peribadi manusia yang agung ini, hendaklah dimulakan dengan rasa cinta terlebih dahulu. Apabila sudah tertanam rasa cinta, maka akan timbul sikap sungguh-sungguh untuk me-ngetahuinya secara jitu dan mendalam. Pengetahuan yang tidak dilandasi pada dasar cinta akan berakibat rancu, setengah-setengah dan kurang sempurna. Dari situ kita akan mengetahui mengapa Allah Swt mewajibkan kita untuk mencintai Muhammad saw, bahkan sebelum kita mengetahuinya sekalipun.

Di antara manfaat jangka panjang dari rasa cinta kita pada Muhammad saw adalah seperti yang difirmankan oleh Allah Swt dalam surat yang kita kutip di atas; bahawa dia kelak akan bersama para nabi, shiddiqin, syuhada dan orang-orang saleh. Bahkan dalam sebuah hadis Nabi saw bersabda:

Cinta padaku dan cinta pada Ahli Baitku akan membawa manfaat di tujuh tempat yang sangat mengerikan: di saat wafat, di dalam kubur, ketika dibangkitkan, ketika pembahagian buku-buku catatan amal, di saat hisab, di saat penimbangan amal-amal dan di saat penitian shirat al-mustaqim.

Mungkin ada dua jenis dan kategori cinta. Pertama, cinta yang berakhir dengan kebosanan. Untuk ini kita sebut saja dengan cinta semu. Kita cinta pada dunia, harta, anak-isteri dan sebagainya. Cinta kita pada mereka tidak selamanya meluap-luap bak api membara. Ada saatnya cinta kita redup, bahkan kadang-kadang mati sama sekali. Kita mencintai anak kandung kita. Tapi apabila tiba-tiba dia durhaka pada orang tua, maka cinta boleh berbalik murka. Kita cinta pada dunia kita, yang halal tentunya. Tapi kadang-kadang timbul kebosanan sedemikian rupa sehingga kita meninggalkannya secara total. Cinta seperti itu adalah cinta semu, sebuah cinta yang berakhir pada kebosanan.

Kedua, cinta murni. Jenis cinta ini adalah cinta yang sentiasa hangat dan membara. Dengan cinta itu dia mengejar kekasihnya, melakukan sesuatu kerana kekasihnya, bahkan mahu mati semata-mata kerana kekasihnya. Cinta seperti ini adalah cinta yang tidak pernah bosan dan berakhir. Cinta murni adalah sebuah cinta yang terbit untuk Allah Swt. Imam ‘Ali berkata: “Cinta pada Allah adalah api yang membakar segala sesuatu yang dilewatinya.” Kerana cinta pada Allah, maka orang-orang mukmin mahu mati di jalan-Nya. Cinta pada Allah memang boleh membakar setiap usaha yang menghalanginya. Imam Ja’far al-Shadiq berdoa: “Ya Sayyidi, aku lapar dan tidak pernah kenyang dari mencintaiMu; aku haus dan tidak pernah puas dari mencintai-Mu. Oh… betapa rindunya pada Dia. Yang melihatku tapi aku tidak melihat-Nya…”

Tentu cinta pada Allah adalah sejenis cinta murni. Tidak terselubung di dalamnya rasa benci, enggan dan murka. Cinta pada Allah adalah cinta pada kemutlakan; cinta yang tidak bertepi dan tidak berhujung.

Tapi bagaimana dengan cinta pada Mu-hammad saw? Apakah cinta kepada Muhammad yang diwajibkan Allah kepada kita adalah sejenis cinta semu atau cinta murni. Nabi saw bersabda: “Cintailah Allah kerana nikmat yang telah dianugerahkan-Nya pada kalian, cintailah aku kerana cinta Allah (padaku) dan cintailah Ahli Baitku kerana cintaku.” Dalam hadis yang lain beliau bersabda: “Tidak beriman seorang hamba sehingga aku lebih ia cintai daripada dirinya sendiri dan itrah (keluarga)-ku lebih ia cintai berbanding keluarganya…”

Melihat hadis ini dan hadis-hadis sejenis yang lain terasa bahawa tuntutan untuk mencintai Muhammad dan keluarganya bukan sejenis cinta semu yang bila pun boleh hilang atau dihilangkan. Secara vertikal, ketika kita mencintai mereka sebenarnya kita juga mencintai Allah dan ketika kita membenci mereka kita pun membenci Allah.


mari baca lagi...
AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster